Saturday, 27 September 2014

Novelet - Ini Cerita Mereka

Bab 1
Hazim mengemas dan memasukkan bajunya ke dalam almari pakaian miliknya. Dia kini telah selamat menjadi pelajar di sekolah asrama itu atas saranan daripada mama dan papanya. Dia bukan suka sangat dengan sekolah asrama ni. Takde kebebasan! Bosan! Tak boleh tengok tv. Urghh… Bosannya!!! Kolej Melayu Kuala Kangsar. Entah apa yang menarik pasal kolej ni sampai mama dengan papanya beria-ia suruh dia masuk. Dia merenung sekeliling biliknya. Satu bilik ada 4 orang. Sekolahnya tidak mengamalkan sistem dorm tetapi mengamalkan sistem bilik. Baguslah. Dia pun bukannya nak beramah mesra pun dengan semua orang. Sebab dia rasa, dia akan meletup terlebih dahulu sebelum memulakan perbualan. Dia sebenarnya agak terlambat dalam pendaftaran. Lagi 3 orang ahli biliknya dah pergi ke dewan makan. Dan dia sendiri pun tak kenal ahli biliknya. Sadis~~ Kalau dah jadi benci, semua benda dia akan benci-sebencinya. Termasuklah orang tu sebaik mana sekali pun. Harap takde la perangai yang macam apa je. Tu namanya mengundang nak mintak pelempang ulung dari dia.
“Hai!”
Sapa seseorang. Haila… Siapa la pulak yang terlebih peramah pulak ni. Dia berpaling melihat si pemanggil sebentar tadi.
“Hai...”
Sapa dia pendek. Tak berapa nak mesra sangat la kan. Dia tilik budak lelaki yang tegur dia sebentar tadi. Dia pandang atas bawah. Budak lelaki tadi menghulur tangan.
“Kamal.”
“Hazim.”
Balas dia sambil menghulur tangan untuk bersalaman. Kang tak sambut di kata kurang ajar pulak.
“Ermm, kenapa tak pergi dewan makan lagi?” Tanya Kamal.
Hazim mengerutkan dahi. Budak ni macam nak kena je dengan aku. Suka hati aku la nak pergi ke tak nak.
“Cepat sikit tau. Pakai pakaian formal sebab lepas tu ada majlis dan sedikit taklimat.”
Hazim tak tahu nak buat reaksi apa sebab budak bernama Kamal itu duduk di atas katil dia selepas itu.
“Aku tunggu kau la.”
“Aku tak rasa aku nak pergi.” Balas Hazim.
Dia menyambung kembali aktiviti memasukkan pakaian ke dalam almari.
“Kenapa pulak?” Kamal dah berkerut dahi.
“Saja je.”
“Wajib la.”
“Maka?” Aik, budak ni boleh tahan mengundang tensi.
“Kalau wajib, kita kena patuhi.” Dia sengih.
 “Pakai tie sekali tau.” Kamal bangun.
 “Aku pergi dulu la. Dah lambat ni. Ok bye.”
Dan, Hazim sekali lagi tak tahu nak buat reaksi apa. Dia hanya memandang Kamal keluar dari bilik.
Hazim turun melalui tangga menuju ke dewan makan sambil tie tergantung pada batang lehernya. Dia sejujurnya tak tahu untuk mengikat tali leher. Dia pernah cuba mempelajarinya daripada kawan-kawan di sekolah lamanya, malangnya, dia terlalu dungu dalam hal-hal yang memerlukan kepakaran ni. Dia kini berada di ground floor dan sedang melalui foyer sebelum seorang lelaki memanggilnya.
“Eh, awak sini kejap.”
Hazim tak bergerak. Aduh! Apa pulak ni? Lelaki yang memanggilnya tadi mula menghampiri.
“Apesal tak ikat tie?” Tanyanya serius.
“Err…”  Hazim buat riak muka bersalah.
“Tak tahu ikat.” Jawabnya perlahan.
Sangat memalukan okay kalau seorang lelaki tak tahu ikat tie. Dulu, kat sekolah lamanya dia kena gelak hanya sebab tak tahu ikat tie. Sedih betul. Hazim memandang orang yang berada di hadapannya. Kacak! Tapi malangnya sangat serius orangnya macam singa kelaparan. Hazim muram. Lelaki tadi mengambil tie Hazim.
“Meh, aku buatkan. Ikat tie pun tak tahu. Memalukan.” Rungut lelaki tu.
Hazim hanya tersengih bersalah. Tak tahu nak bagi reaksi macam mana. Hazim hanya memerhati sahaja lelaki itu tolong mengikatkan tie dia.
“Nah.” Hulur lelaki tu.
“Dah siap. Cuba dulu. Mana tahu terlebih panjang ke, terlebih pendek ke.”
Hazim mencubanya mengikut arahan lelaki tu.
“Nama aku, Hisyam.” Hisyam menghulur tangan.
“Nama saya Hazim.” Hazim juga menghulur tangan.
“Abang tahun akhir dekat sekolah ni ke?”
“Abang?” Hisyam buat muka.
“Muka hensem macam aku, kau panggil abang?”
Erk!
“Bukan ke?” Hazim gelabah.
Sorry. Sorry.”
Hisyam kemudiannya senyum.
“Gurau je la.” Dia menggosok-gosok kepala Hazim.
“Aku memang tahun akhir, tapi stop calling me abang. Eww, buat aku rasa tua. Nak termuntah. Panggil aku Hisyam je macam semua orang panggil aku. Clear?”
Hazim membetulkan rambutnya.
“Sangat clear.”
“Ouch, sorry pasal kau punya rambut. Jom pergi dewan. Dah lambat ni. Sepatutnya kau ada taklimat keselamatan pagi ni. Apesal lambat?” Tanya Hisyam macam pegawai keselamatan.
Kedua-duanya mula bergerak menuju ke dewan.
“Tadi daftar lambat sikit. Tu yang lambat sikit ni.” Mereka berdua melintasi MCKK Garden sebelum sampai ke Carrie Hall.

“Depan tu dewan. Pergi masuk. Aku ada hal kejap. Nanti kalau ada apa-apa hal, jumpa aku. Chow!” Dan Hisyam terus berlalu meninggalkan Hazim.

No comments:

Post a Comment