Bab 1
Hazim mengemas dan memasukkan bajunya ke dalam
almari pakaian miliknya. Dia kini telah selamat menjadi pelajar di sekolah
asrama itu atas saranan daripada mama dan papanya. Dia bukan suka sangat dengan
sekolah asrama ni. Takde kebebasan! Bosan! Tak boleh tengok tv. Urghh…
Bosannya!!! Kolej Melayu Kuala Kangsar.
Entah apa yang menarik pasal kolej ni sampai mama dengan papanya beria-ia suruh
dia masuk. Dia merenung sekeliling biliknya. Satu bilik ada 4 orang. Sekolahnya
tidak mengamalkan sistem dorm tetapi
mengamalkan sistem bilik. Baguslah. Dia pun bukannya nak beramah mesra pun
dengan semua orang. Sebab dia rasa, dia akan meletup terlebih dahulu sebelum
memulakan perbualan. Dia sebenarnya agak terlambat dalam pendaftaran. Lagi 3
orang ahli biliknya dah pergi ke dewan makan. Dan dia sendiri pun tak kenal
ahli biliknya. Sadis~~ Kalau dah jadi benci, semua benda dia akan benci-sebencinya.
Termasuklah orang tu sebaik mana sekali pun. Harap takde la perangai yang macam
apa je. Tu namanya mengundang nak mintak pelempang ulung dari dia.
“Hai!”
Sapa seseorang. Haila… Siapa la pulak yang
terlebih peramah pulak ni. Dia berpaling melihat si pemanggil sebentar tadi.
“Hai...”
Sapa dia pendek. Tak berapa nak mesra sangat la
kan. Dia tilik budak lelaki yang tegur dia sebentar tadi. Dia pandang atas
bawah. Budak lelaki tadi menghulur tangan.
“Kamal.”
“Kamal.”
“Hazim.”
Balas dia sambil menghulur tangan untuk
bersalaman. Kang tak sambut di kata kurang ajar pulak.
“Ermm, kenapa tak pergi dewan makan lagi?” Tanya Kamal.
Hazim mengerutkan dahi. Budak ni macam nak kena
je dengan aku. Suka hati aku la nak pergi ke tak nak.
“Cepat sikit tau. Pakai pakaian formal sebab
lepas tu ada majlis dan sedikit taklimat.”
Hazim tak tahu nak buat reaksi apa sebab budak
bernama Kamal itu duduk di atas katil dia selepas itu.
“Aku tunggu kau la.”
“Aku tak rasa aku nak pergi.” Balas Hazim.
Dia menyambung kembali aktiviti memasukkan
pakaian ke dalam almari.
“Kenapa pulak?” Kamal dah berkerut dahi.
“Saja je.”
“Wajib la.”
“Maka?” Aik, budak ni boleh tahan mengundang
tensi.
“Kalau wajib, kita kena patuhi.” Dia sengih.
“Pakai tie
sekali tau.” Kamal bangun.
“Aku pergi
dulu la. Dah lambat ni. Ok bye.”
Dan, Hazim sekali lagi tak tahu nak buat reaksi
apa. Dia hanya memandang Kamal keluar dari bilik.
Hazim turun melalui tangga menuju ke dewan makan
sambil tie tergantung pada batang
lehernya. Dia sejujurnya tak tahu untuk mengikat tali leher. Dia pernah cuba mempelajarinya
daripada kawan-kawan di sekolah lamanya, malangnya, dia terlalu dungu dalam
hal-hal yang memerlukan kepakaran ni. Dia kini berada di ground floor dan sedang melalui foyer
sebelum seorang lelaki memanggilnya.
“Eh, awak sini kejap.”
Hazim tak bergerak. Aduh! Apa pulak ni? Lelaki
yang memanggilnya tadi mula menghampiri.
“Apesal tak ikat tie?” Tanyanya serius.
“Err…” Hazim buat riak muka bersalah.
“Tak tahu ikat.” Jawabnya perlahan.
Sangat memalukan okay kalau seorang lelaki tak tahu ikat tie. Dulu, kat sekolah lamanya dia kena gelak hanya sebab tak tahu
ikat tie. Sedih betul. Hazim
memandang orang yang berada di hadapannya. Kacak! Tapi malangnya sangat serius
orangnya macam singa kelaparan. Hazim muram. Lelaki tadi mengambil tie Hazim.
“Meh, aku buatkan. Ikat tie pun tak tahu. Memalukan.” Rungut lelaki tu.
Hazim hanya tersengih bersalah. Tak tahu nak bagi
reaksi macam mana. Hazim hanya memerhati sahaja lelaki itu tolong mengikatkan tie dia.
“Nah.” Hulur lelaki tu.
“Dah siap. Cuba dulu. Mana tahu terlebih panjang
ke, terlebih pendek ke.”
Hazim mencubanya mengikut arahan lelaki tu.
“Nama aku, Hisyam.” Hisyam menghulur tangan.
“Nama saya Hazim.” Hazim juga menghulur tangan.
“Abang tahun akhir dekat sekolah ni ke?”
“Abang?” Hisyam buat muka.
“Muka hensem macam aku, kau panggil abang?”
Erk!
“Bukan ke?” Hazim gelabah.
“Sorry.
Sorry.”
Hisyam kemudiannya senyum.
“Gurau je la.” Dia menggosok-gosok kepala Hazim.
“Aku memang tahun akhir, tapi stop calling me abang. Eww, buat aku rasa tua. Nak termuntah.
Panggil aku Hisyam je macam semua orang panggil aku. Clear?”
Hazim membetulkan rambutnya.
“Sangat clear.”
“Ouch, sorry pasal kau punya rambut. Jom pergi
dewan. Dah lambat ni. Sepatutnya kau ada taklimat keselamatan pagi ni. Apesal
lambat?” Tanya Hisyam macam pegawai keselamatan.
Kedua-duanya mula bergerak menuju ke dewan.
“Tadi daftar lambat sikit. Tu yang lambat sikit
ni.” Mereka berdua melintasi MCKK Garden sebelum sampai ke Carrie Hall.
“Depan tu dewan. Pergi masuk. Aku ada hal kejap.
Nanti kalau ada apa-apa hal, jumpa aku. Chow!” Dan Hisyam terus berlalu
meninggalkan Hazim.